RaMai GaK uSHa

Ahad, 21 Ogos 2011

Mengenali IMAM SYAFIE (Pembaharu Agama Abad Kedua)

Assalamulaikum W.B.T.


Kali ini kita akan menceritakan kisah mengenai IMAM SYAFIE atau lebih dikenali dengan MAZHAB SYAFIE. Semoga kita semua mendapat keberkatan. InsyaALLAH. 

IMAM SYAFIE ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang kedua Hijrah. Masa hidup IMAM SYAFIE adalah semasa pemerintahan ABBASIYYAH. Nama beliau adalah Muhammad Idris Asy-Syafie.

IMAM SYAFIE dilahirkan di bandar GHAZZAH dalam PALESTIN pada tahun 105 Hijrah. Diceritakan juga IMAM SYAFIE dilahirkan pada malam IMAM HANAFI meninggal dunia. Seorang imam meninggal dunia dan dimasa itu juga lahir seorang imam yang baru. Keturunan IMAM SYAFIE bertemu dengan keturunan RASULLULLAH S.A.W pada datuk RASULULLAH iaitu ABDU MANAF. Lantaran itu dikatakan juga kepada IMAM SYAFIE merupakan "ANAK BAPA SAUDARA RASUL".

YAKUT berpendapat:- Hasyim yang tersebut dalam salasilah keturunan IMAM SYAFIE itu bukan Hasyim datuk kepada RASULULLAH S.A.W. Hasyim datuk kepada RASULULLAH S.A.W. ialah Hasyim bin Abdu Manaf dan Hasyim ini anak kepada Ikhai. IMAM SHAFIE menganggap dirinya dari orang yang hampir kepada RASULULLAH, bahkan beliau dari keturunan "Zawil Kurba" yang berjuang sama dengan Nabi di Zaman Jahiliyyah dan Islam. Keluarga IMAM SYAFIE adalah dari keluarga miskin di Palestin dan dihalau dari negerinya. 

Guru-guru IMAM SYAFIE:-
  1. Muslim Khalid Az-Zinji 
  2. Imam-Imam MEKAH
  3. IMAM MALIK
  4. Sufian bin Uyainah
  5. Said bin Al-Kudah
  6. Daud bin Abdur Rahman
  7. Al-'Attar
  8. Abdul Hamid bin Abdul Aziz bin Abi Saud
  9. Ibrahim bin Sa'd Al-Ansari
  10. Abdul Aziz bin Muhammad Said bin Abi Fudaik
  11. Abdullah bin Nafi' As-Saigh
  12. Gurunya di YAMAN seramai 7 orang
  13. Gurunya di IRAQ seramai 6 orang
Sifat-sifat IMAM SYAFIE adalah seorang yang cantik rupa parasnya, badannya tinggi serta tengkoknya jinjang. Warna kulinya hitam kemerahan, suaranya merdu dan baik sebutannya. IMAM SYAFIE mengidap penyakit semasa hidupnya. Antaranya ialah "Bawasir" yang menyebabkan keluar darah pada kebanyakkan waktu.IMAM SYAFIE meninggal dunia pada malam Khamis selepas maghrib iaitu pada hari terakhir bagi bulan Rejab tahun 204 Hijrah. Pada ketika itu beliau berumur 54 tahun. 

Jenazah IMAM SYAFIE dikebumikan pada hari jumaat dan beliau dikebumikan di sebelah barat Al-Khandak. Selepas IMAM SYAFIE meninggal dunia, tiba-tiba datang seorang Arab, dia mengucapkan salam dan menanyakan dimanakah IMAM SYAFIE. Dimanakah bulan dan matahari bagi majlis ini...? Setelah lelaki Arab ini tahu bahawa IMAM SYAFIE telah meninggal dunia, orang itu terus menangis dengan kuat. 

Suntingan dari BIOGRAFI IMAM MAZHAB EMPAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan