RaMai GaK uSHa

Ahad, 21 Ogos 2011

Mengenali IMAM HANBALI (Pembaharu AGAMA bagi Abad Ketiga)

Assalamualaikum W.B.T


IMAM HANBALI merupakan imam yang keempat dari Fuqaha Islam. Nama sebenar beliau adalah AHMAD bin MUHAMMAD bin HANBAL atau AHMAD bin HANBAL. Beliau merupakan imam bagi ummat Islam seluruh dunia juga imam bagi Darul Salam, Mufti bagi negera IRAQ dan seorang alim tentang hadis-hadis RASULULLAH S.A.W. Beliau juga seorang yang zahid dewasa, penerang untuk dunia dan sebagai contoh dan tauladan bagi orang-orang ahli Sunnah. 

Masa hidup Ahmad bin Hanbal dizaman pemerintahan ABBASIYYAH dimana puak PARSI mengatasi puak kebangsaan ARAB dan perebutan kuasa sering berlaku. IMAM HANBALI dilahirkan di bandar BAGHDAD pada bulan RABIUL AWWAL tahun 164 Hijrah. Beliau digelarkan Al-Mururi kemudian Al-Baghdadi. 

Keturunan IMAM HANBALI bertemu dengan keturunan RASULULLAH S.A.W. pada Mazin bin Mu'ad bin Adnan. IMAM HANBALI merupakan dari golongan miskin dan ayahnya telah meninggal dunia semenjak  beliau masih kecil dan hanya meninggalkan sebuah rumah dan sedikit tanah yang sangat kecil penghasilannya. 

Guru-Guru IBNU HANBAL:-

  1. Abi Yusuf Ya'akub bin Ibrahim Al-Qadhi (seorang rakan kepada ABU HANIFAH (IMAM HANAFI)
  2. Husyaim bin Basyir bin Abi Khasim Al-Wasiti (guru yang banyak mempengaruhi beliau)
  3. Umair  bin Abdullah
  4. Abdur Rahman bin Mahdi
  5. Abi Bakr bin 'Iyasy
  6. IMAM SYAFIE
  7. Ibrahim bin Sa'ad
  8. Yahya bin Al-Qattan
  9. Wakie'
  10. dan lain-lain lagi
Sifat-sifat IBNU HANBAL adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulinya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai, memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan dan beliau memakai kasut kayu serta duduk diatas hamparan yang lama sehingga carik.

IBNU HANBAL melarang keras dari berpegang kepada ilmu-ilmu dan kitab-kitab ahli fikir dan juga ahli perbincangan. IMAM HANBALI mengidapi sakit yang membawa kepada kematian. Semasa beliau dalam keadaan sakit tiadak ada perkara lain yang membuatkan hatinya selelau berfikir kecuali beberapa perkara iaitu sembahyang, pemikiran tentang pembahagian harta yang ditinggalkan serta 3 helai rambut Nabi yang ada padanya. 

IMAM HANBALI terkena penyakit demam panas pada hari pertama bagi bulan Rabiul Awwal tahun 240 Hijrah. Ibnu Hanbal meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 haribulan Rabiul Awwal tahun 241 Hijrah. Beliau meninggal dunia ketika mengambil air sembahyang. Beliau dikuburkan di BAGHDAD di mana beliau meninggal. Jenazahnya dikebumikan selepas sembahyang Jumaat dan diiringi oleh ribuan rakyat jelata.

Al-Fatihah

Suntingan dari Biografi Imam Mazhab Empat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan