RaMai GaK uSHa

Ahad, 21 Ogos 2011

Mengenali IMAM MALIKI (MALIK BIN ANAS)

Assalamualaikum W.B.T


Muhasabah diri dengan mengenali MAZHAB MALIKI atau IMAM MALIK. IMAM MALIK merupakan imam yang kedua dari imam-imam empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas IMAM HANAFI. 93 Hijrah bersamaan 673 Masehi. 

IMAM MALIK ialah seorang imam dari Kota Madinah dan Imam bagi penduduk Hijaz. Beliau seorang alim Fiqah yang terakhir bagi bandar Madinah dan juga yang terakhir bagi Fuqaha Madinah. Beliau berumur hampir 90 tahun. 

IMAM MALIK dilahirkan pada zaman pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik Al-Uwawi dan meninggal dunia pada masa Harun Al-Rasyid di masa pemerintahan Abbasiyyah. Zaman hidup IMAM MALIK adalah sama dengan zaman hidup IMAM HANAFI. IMAM MALIK dilahirkan disatu tempat bernama ZULMARWAH di utara 'Al-Madinatul-Munawwarah'. Kejadian anih yang berlaku pada IMAM MALIK dikatakan bahawa ibunya mengandungkan beliau di dalam perutnya selama 2 tahun dan ada pula yang mangatakan 3 tahun.

Dimasa IMAM MALIK seorang penuntut, beliau banyak mempunyai guru. Kitab "Tahzibul-asma wallughat" menerangkan IMAM MALIK telah belajar kepada 900 orang Sheikh. 300 darinyai dari golongan Tabi'in, 600 lagi dari Tabiut-Tabi'in. IMAM MALIK telah berguru dengan Abdul Rahman bin Harmuz Al-'Araj selama lebih dari 7 tahun. 

Antara guru-gurunya ialah
  1. Rabi'ah bin Abdul Rahman Furukh
  2. Nafi'e ' Auli Abdullah
  3. Jaafar bin Muhammad Al-Baqir
  4. Muhammad bin Muslim Az-Zahri
  5. Abdul Rahman bin Zakuan
  6. Yahya bin Said Al-Ansari
  7. Abu Hazim Salmah bin Dinar
  8. Muhammad bin Al-Munkadir
  9. Abdullah bin Dinar
IMAM MALIK banyak mempelajari ilmu pengetahuan. Beliau menghafaz beberapa banyak hadis dan mempelajari juga ilmu pengetahuan dalam bidang FIQAH atau lain-lain sekadar kuasa. Sungguhpun IMAM MALIK seorang guru yang masih muda tetapi dapat memberi pengajaran kepada pendengar-pendegar dengan baik dan memuaskan. 

Hukum-hukum FIQAH yang diberi olem IMAM MALIK adalah berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis. IMAM MALIK menggunakan hadis sebagai membantu memahami Al-Quran. IMAM MALIK menyeru supaya mendekati Sultan-Sultan atau Raja serta Pemerintah untuk memberi nasihat kepada mereka sekali pun mereka telah terpesung kerana terpisung yang terbatas itu lebih baik dari fitrah atau tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan.

Semasa pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur , IMAM MALIK telah diazab dan dihina. Dan ada juga menyatakan sebab IMAM MALIK disiksa ialah kerana beliau mendahulukan Uthman Ibn Affan dari Ali Ibn Abi Talib. Sifat dan budi pekerti IMAM MALIK adalah seorang yang tinggi serta lebar bentuk tubuhnya. Warna kulitnya putih, dahi luas manakala hidungnya tinggi serta menarik pandangan. IMAM MALIK berkahwin dengan seorang hamba (amah) dan beliau amat kasih kepada isterinya. Beliau mempunyai 3 orang anak dan seorang wanita yang digelar sebagai (Ummul Mu'minin).

IMAM MALIK meninggal dunia kerana sakit selama 20 hari di Madinah iaitu pada 14 Rabiul Awwal tahun 179 hijrah. IMAM MALIK dikuburkan di tanah perkuburan Al-Baqi' iaitu betul-betul di depan pintu Al-Baqi'. Al-Fatihah

Sumber dari Biografi Imam Mazhab Empat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan