RaMai GaK uSHa

Isnin, 15 Ogos 2011

Mengenali IMAM HANAFI ANNU'MAN (Pembaharu Agama Abad Pertama)

Assalamualaikum W.B.T


Mari kita muhasabah diri sikit dengan mengenali IMAM ABU HANIFAH dalam erti kata yang lain MAZHAB HANAFI. Beliau diperanakkan terlebih dahulu daripada IMAM-IMAM yang lain antaranya IMAM MALIKI, IMAM SYAFIE dan IMAM HANBALI dan beliau juga telah meninggal dunia terlebih dahulu. 

Nama asal IMAM ABU HANIFAH ialah ANNU'MAN. Pendapat yang sebenar tentang keturunan beliau adalah daripada BANGSA PARSI. Tarikh kelahiran IMAM ABU HANIFAH adalah pada tahun 80 HIJRAH bersamaan (660 Masehi). 

IMAM ABU HANIFAH adalah seorang yang berjiwa besar dalam erti kata seorang yang berjaya dalam semua lapangan hidupnya, Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan, cekap dalam memberi sesuatu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi. Beliau juga telah menyandang pangkat atau gelaran yang tertinggi iaitu IMAM BESAR (Al-Imam Al-'Adham) atau KETUA AGUNG.

Masa hidup IMAM ABU HANIFAH ialah di zaman pemerintahan kerajaan UMAWIYYAH dan juga ABBASIYYAH. Beliau meninggal dunia pada masa khalifah yang pertama ABI JAAFAR AL-MANSUR. Beliau berminat kepada pelajaran yang banyak menggunakan fikiran. Disamping mempelajari ilmu FIQAH, beliau berpeluang juga mempelajari ilmu-ilmu lain seperti TAUHID. Di antara buku kajiannya ialah Al-Fiqhul Akhbar, Al-rad Ala Al-Qadariah dan Al-'Alim Wal-Muta'allim.

Guru-guru FIQAH dan TAUHID beliau terdiri daripada:-
  1. Ibrahim
  2. Umar
  3. Ali ibni Abi Talib
  4. Abdullah bin Mas'ud
  5. Abdullah bin Abbas
  6. Hamad bin Abi Sulaiman Al-Asya'ari
IMAM ABU HANIFAH telah mendapat kepujian dalam ilmu FIQAH dan juga TAUHID daripada gurunya HAMAD bin Abi Sulaiman Al-Asya'ari. Setelah gurunya meninggal dunia, beliau mengambil tempat gurunya untuk mengajar ilmu FIQAH.

Guru-guru TAJWID beliau terdiri daripada:-
  1. Idris bin 'Asir
  2. Ibrahim An-Nukha'ie
IMAM ABU HANIFAH meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah. Imam An-Nawawi berpendapat beliau meninggal dunia semasa dalam tahanan. Diceritakan sebelum beliau menghembus nafas terakhir, beliau berpesan (wasiat) supaya menyatnya dikebumikan di tanah perkuburan yang baik (beliau maksudkan dengan tanah yang baik adalah tidak dirampas oleh raja atau ketua negeri). 

Sungguh ramai dari orang awam mengiringi jenazah IMAM ABU HANIFAH ditafsirkan lebih kurang 50,000 orang yang turut sembahyang jenazahnya. 1 perkara aneh iaitu Abu Jaafar Al-Mansur pemerintah negeri dimasa itu yang telah menahan IMAM ABU HANIFAH semasa hidupnya turut sama sembahyang ke atas jenazahnya. Jenazah IMAM ABU HANIFAH selamat dikebumikan di makan perkuburan 'Al-Khaizaran' di timur bandar BAGHDAD. 

Ibn Jarir merasai sedih tatkala mendengar kematian IMAM ABU HANIFAH dan berkata "ILMU SUDAH HILANG". Al-Fatihah.

Suntingan daripada BIOGRAFI IMAM MAZHAB EMPAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan