RaMai GaK uSHa

Selasa, 18 Disember 2012


DUA PULUH SEMBILAN IKRAR PELAJAR-PELAJAR MELAYU
(Sempena dengan Persidangan Agung GPMS ke 29)
  1. Kami masih cintakan kepada Negara kami dan tanah tumpah darah kami Malaysia, tanahairku, tanah tumpahnya darahku.
  2. Kami masih yakin dan percaya bahawa Malaysia masih merdeka dan berdaulat;
  3. Kami sedar akan kemunduran orang Melayu di semua bidang;
  4. Kami sedar bahawa kekuasaan politik orang Melayu pada hari ini tidak akan kekal selama-lamanya;
  5. Kami sedar bahawa hilangnya kuasa politik, maka akan turut sama hilanglah segala hak-hak orang Melayu;
  6. Kami sedar bahawa musuh-musuh Negara sedang bergiat untuk hancukan bangsa Melayu melalui dadah, anasir-anasir subversive dan komunis.
  7. Kami insaf bahawa kemunduran orang Melayu dan ditambah pula dengan kegiatan-kegiatan anti- nasional akan melenyapkan bangsa Melayu ditanahairnya sendiri;
  8. Kami sedar bahawa maruah muda-mudi bangsa Melayu telah terjejas dengan pengaruh-pengaruh barat dan telah tergelincir dari landasan ke Islaman dan ini membawa pula kepada terjejasnya maruah bangsa kami;
  9. Maka adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membetulkan kesilapan mereka dan membimbing mereka kejalan yang benar, supaya dengan itu maruah bangsa kami akan terselamat dari terjatuh kelembah yang hina;
  10. Dengan kudrat yang ada pada kami, kami berazam untuk mempertahankan hak kami, kesucian ugama kami, maruah bangsa kami sehingga titisan darah yang akhir;
  11. Dengan semangat ke Islaman dan semangat kebangsaan Melayu yang berkobar-kobar, kami ingin maju standing dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini;
  12. Kami akan bersatu dibawah satu lambing GPMS dalam memperjuangkan cita-cita mulia kami, kerana kami percaya bersatu teguh, bercerai roboh;
  13. Kami berjanji bahawa kami akan berjuang dengan cekal dan berani, dan kami akan menentang segala musuh yang cuba menyekat perjuangan kami;
  14. Kami menentang habis-habisan semua pengkhianatan terhadap bangsa kami;
  15. Kami akan menentang habis-habisan segala penyelewengan oleh ketua-ketua kami dan pemimpin-pemimpin kami;
  16. Kami akan mengubah sikap acoh-tak-acoh kepada sikap dan semangat berlomba-lomba untuk mencapai kemajuan dunia dan akhirat;
  17. Dengan kuasa yang ada pada kami, kami berikrar untuk memperjuangkan nasib bangsa kami bangsa Melayu walau dengan sabongan nyawa sekalipun;
  18. Dengan itu kami bersumpah akan berkorban segala-gala yang ada pada Kami, hatta kami sekalipun, untuk mencapai hasrat kami, demi kepentingan ugama, nusa dan bangsa kami;
  19. Dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab, kami akan melaksanakan amanat orang-orang Melayu yang telah diletakkan diatas bahu kami, yaitu belajar terus belajar;
  20. Dalam melaksanakan amanat itu, kami berazam, berjanji dan bersumpah bahawa kami akan belajar dengan lebih gigih, tekun dan sabar hingga ke peringkat yang paling tinggi, dan kami tidak akan jemu-jemu untuk meneruskan cita-cita kami yang suci murni;
  21. Kami percaya dengan penuh keyakinan bahawa ilmu adalah punca segala kemajuan;
  22. Dengan ilmu yang ada, kami berjanji akan memimpin bangsa kami kejalan yang diredhai Allah,
  23. Kami berjanji yang perjuangan kami itu akan diteruskan dengan jujur dan ikhlas tanpa berkehendakkan apa-apa balasan dari sesiapa pun;
  24. Kami berazam untuk berjuang dialam pengetahuan dengan lebih gigih dan lebih bersemangat dari abang-abang kami, ibu-bapa kami dan nenek-moyang kami;
  25. Walaupun kami tidak berniat hendak menyalahkan neneka moyang kami kerana menjual sebahagian dari Negara kami, namun kami tidak rela dimaki, dihamun dan dikecam oleh anak-cucu kami kerana kelalaian kami memperjuangkan hak-hak mereka untuk mempertahankan kedaulatan Negara kami.
  26. Kami tidak rela bumi yang kami pijak ini digadai dan dijual kepada orang-orang asing oleh orang-orang Melayu yang mabuk dan gilakan kuasa.
  27. Kami bersumpah akan membantu adik-adik kami dan anak-anak kami – anak-anak bangsa Melayu seluruhnya, tanpa mengira kaya-miskin, hina mulianya mereka, dalam apa jua bidang yang kami boleh memberi bantuan sedaya upaya kami.
  28. Kami berikrar dan bersumpah bahawa kami akan terus berjuang untuk menebus kembali kemunduran kami dalam semua bidang sebelum menjelangnya Fajar 1990;
  29. DAN AKHIRNYA, kami berazam untuk mengisi kekosongan kemerdekaan Negara kami, dan kami mewasiatkan kepada anak-cucu kami supaya meneruskan perjuangan kami selagi ada sekerwala bulan dan bintang.
Kolej Kedua, Nik Abdul Rashid,
Universiti Malaya. Penasihat GPMS,
9hb April 1977. 1977/78

Tiada ulasan:

Catat Ulasan