DUA PULUH SEMBILAN IKRAR PELAJAR-PELAJAR
MELAYU
(Sempena dengan Persidangan Agung GPMS ke
29)
- Kami masih cintakan kepada Negara kami dan tanah tumpah darah kami Malaysia, tanahairku, tanah tumpahnya darahku.
- Kami masih yakin dan percaya bahawa Malaysia masih merdeka dan berdaulat;
- Kami sedar akan kemunduran orang Melayu di semua bidang;
- Kami sedar bahawa kekuasaan politik orang Melayu pada hari ini tidak akan kekal selama-lamanya;
- Kami sedar bahawa hilangnya kuasa politik, maka akan turut sama hilanglah segala hak-hak orang Melayu;
- Kami sedar bahawa musuh-musuh Negara sedang bergiat untuk hancukan bangsa Melayu melalui dadah, anasir-anasir subversive dan komunis.
- Kami insaf bahawa kemunduran orang Melayu dan ditambah pula dengan kegiatan-kegiatan anti- nasional akan melenyapkan bangsa Melayu ditanahairnya sendiri;
- Kami sedar bahawa maruah muda-mudi bangsa Melayu telah terjejas dengan pengaruh-pengaruh barat dan telah tergelincir dari landasan ke Islaman dan ini membawa pula kepada terjejasnya maruah bangsa kami;
- Maka adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membetulkan kesilapan mereka dan membimbing mereka kejalan yang benar, supaya dengan itu maruah bangsa kami akan terselamat dari terjatuh kelembah yang hina;
- Dengan kudrat yang ada pada kami, kami berazam untuk mempertahankan hak kami, kesucian ugama kami, maruah bangsa kami sehingga titisan darah yang akhir;
- Dengan semangat ke Islaman dan semangat kebangsaan Melayu yang berkobar-kobar, kami ingin maju standing dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini;
- Kami akan bersatu dibawah satu lambing GPMS dalam memperjuangkan cita-cita mulia kami, kerana kami percaya bersatu teguh, bercerai roboh;
- Kami berjanji bahawa kami akan berjuang dengan cekal dan berani, dan kami akan menentang segala musuh yang cuba menyekat perjuangan kami;
- Kami menentang habis-habisan semua pengkhianatan terhadap bangsa kami;
- Kami akan menentang habis-habisan segala penyelewengan oleh ketua-ketua kami dan pemimpin-pemimpin kami;
- Kami akan mengubah sikap acoh-tak-acoh kepada sikap dan semangat berlomba-lomba untuk mencapai kemajuan dunia dan akhirat;
- Dengan kuasa yang ada pada kami, kami berikrar untuk memperjuangkan nasib bangsa kami bangsa Melayu walau dengan sabongan nyawa sekalipun;
- Dengan itu kami bersumpah akan berkorban segala-gala yang ada pada Kami, hatta kami sekalipun, untuk mencapai hasrat kami, demi kepentingan ugama, nusa dan bangsa kami;
- Dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab, kami akan melaksanakan amanat orang-orang Melayu yang telah diletakkan diatas bahu kami, yaitu belajar terus belajar;
- Dalam melaksanakan amanat itu, kami berazam, berjanji dan bersumpah bahawa kami akan belajar dengan lebih gigih, tekun dan sabar hingga ke peringkat yang paling tinggi, dan kami tidak akan jemu-jemu untuk meneruskan cita-cita kami yang suci murni;
- Kami percaya dengan penuh keyakinan bahawa ilmu adalah punca segala kemajuan;
- Dengan ilmu yang ada, kami berjanji akan memimpin bangsa kami kejalan yang diredhai Allah,
- Kami berjanji yang perjuangan kami itu akan diteruskan dengan jujur dan ikhlas tanpa berkehendakkan apa-apa balasan dari sesiapa pun;
- Kami berazam untuk berjuang dialam pengetahuan dengan lebih gigih dan lebih bersemangat dari abang-abang kami, ibu-bapa kami dan nenek-moyang kami;
- Walaupun kami tidak berniat hendak menyalahkan neneka moyang kami kerana menjual sebahagian dari Negara kami, namun kami tidak rela dimaki, dihamun dan dikecam oleh anak-cucu kami kerana kelalaian kami memperjuangkan hak-hak mereka untuk mempertahankan kedaulatan Negara kami.
- Kami tidak rela bumi yang kami pijak ini digadai dan dijual kepada orang-orang asing oleh orang-orang Melayu yang mabuk dan gilakan kuasa.
- Kami bersumpah akan membantu adik-adik kami dan anak-anak kami – anak-anak bangsa Melayu seluruhnya, tanpa mengira kaya-miskin, hina mulianya mereka, dalam apa jua bidang yang kami boleh memberi bantuan sedaya upaya kami.
- Kami berikrar dan bersumpah bahawa kami akan terus berjuang untuk menebus kembali kemunduran kami dalam semua bidang sebelum menjelangnya Fajar 1990;
- DAN AKHIRNYA, kami berazam untuk mengisi kekosongan kemerdekaan Negara kami, dan kami mewasiatkan kepada anak-cucu kami supaya meneruskan perjuangan kami selagi ada sekerwala bulan dan bintang.
Universiti Malaya. Penasihat GPMS,
9hb April 1977. 1977/78