RaMai GaK uSHa

Selasa, 18 Disember 2012


DUA PULUH SEMBILAN IKRAR PELAJAR-PELAJAR MELAYU
(Sempena dengan Persidangan Agung GPMS ke 29)
  1. Kami masih cintakan kepada Negara kami dan tanah tumpah darah kami Malaysia, tanahairku, tanah tumpahnya darahku.
  2. Kami masih yakin dan percaya bahawa Malaysia masih merdeka dan berdaulat;
  3. Kami sedar akan kemunduran orang Melayu di semua bidang;
  4. Kami sedar bahawa kekuasaan politik orang Melayu pada hari ini tidak akan kekal selama-lamanya;
  5. Kami sedar bahawa hilangnya kuasa politik, maka akan turut sama hilanglah segala hak-hak orang Melayu;
  6. Kami sedar bahawa musuh-musuh Negara sedang bergiat untuk hancukan bangsa Melayu melalui dadah, anasir-anasir subversive dan komunis.
  7. Kami insaf bahawa kemunduran orang Melayu dan ditambah pula dengan kegiatan-kegiatan anti- nasional akan melenyapkan bangsa Melayu ditanahairnya sendiri;
  8. Kami sedar bahawa maruah muda-mudi bangsa Melayu telah terjejas dengan pengaruh-pengaruh barat dan telah tergelincir dari landasan ke Islaman dan ini membawa pula kepada terjejasnya maruah bangsa kami;
  9. Maka adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membetulkan kesilapan mereka dan membimbing mereka kejalan yang benar, supaya dengan itu maruah bangsa kami akan terselamat dari terjatuh kelembah yang hina;
  10. Dengan kudrat yang ada pada kami, kami berazam untuk mempertahankan hak kami, kesucian ugama kami, maruah bangsa kami sehingga titisan darah yang akhir;
  11. Dengan semangat ke Islaman dan semangat kebangsaan Melayu yang berkobar-kobar, kami ingin maju standing dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini;
  12. Kami akan bersatu dibawah satu lambing GPMS dalam memperjuangkan cita-cita mulia kami, kerana kami percaya bersatu teguh, bercerai roboh;
  13. Kami berjanji bahawa kami akan berjuang dengan cekal dan berani, dan kami akan menentang segala musuh yang cuba menyekat perjuangan kami;
  14. Kami menentang habis-habisan semua pengkhianatan terhadap bangsa kami;
  15. Kami akan menentang habis-habisan segala penyelewengan oleh ketua-ketua kami dan pemimpin-pemimpin kami;
  16. Kami akan mengubah sikap acoh-tak-acoh kepada sikap dan semangat berlomba-lomba untuk mencapai kemajuan dunia dan akhirat;
  17. Dengan kuasa yang ada pada kami, kami berikrar untuk memperjuangkan nasib bangsa kami bangsa Melayu walau dengan sabongan nyawa sekalipun;
  18. Dengan itu kami bersumpah akan berkorban segala-gala yang ada pada Kami, hatta kami sekalipun, untuk mencapai hasrat kami, demi kepentingan ugama, nusa dan bangsa kami;
  19. Dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab, kami akan melaksanakan amanat orang-orang Melayu yang telah diletakkan diatas bahu kami, yaitu belajar terus belajar;
  20. Dalam melaksanakan amanat itu, kami berazam, berjanji dan bersumpah bahawa kami akan belajar dengan lebih gigih, tekun dan sabar hingga ke peringkat yang paling tinggi, dan kami tidak akan jemu-jemu untuk meneruskan cita-cita kami yang suci murni;
  21. Kami percaya dengan penuh keyakinan bahawa ilmu adalah punca segala kemajuan;
  22. Dengan ilmu yang ada, kami berjanji akan memimpin bangsa kami kejalan yang diredhai Allah,
  23. Kami berjanji yang perjuangan kami itu akan diteruskan dengan jujur dan ikhlas tanpa berkehendakkan apa-apa balasan dari sesiapa pun;
  24. Kami berazam untuk berjuang dialam pengetahuan dengan lebih gigih dan lebih bersemangat dari abang-abang kami, ibu-bapa kami dan nenek-moyang kami;
  25. Walaupun kami tidak berniat hendak menyalahkan neneka moyang kami kerana menjual sebahagian dari Negara kami, namun kami tidak rela dimaki, dihamun dan dikecam oleh anak-cucu kami kerana kelalaian kami memperjuangkan hak-hak mereka untuk mempertahankan kedaulatan Negara kami.
  26. Kami tidak rela bumi yang kami pijak ini digadai dan dijual kepada orang-orang asing oleh orang-orang Melayu yang mabuk dan gilakan kuasa.
  27. Kami bersumpah akan membantu adik-adik kami dan anak-anak kami – anak-anak bangsa Melayu seluruhnya, tanpa mengira kaya-miskin, hina mulianya mereka, dalam apa jua bidang yang kami boleh memberi bantuan sedaya upaya kami.
  28. Kami berikrar dan bersumpah bahawa kami akan terus berjuang untuk menebus kembali kemunduran kami dalam semua bidang sebelum menjelangnya Fajar 1990;
  29. DAN AKHIRNYA, kami berazam untuk mengisi kekosongan kemerdekaan Negara kami, dan kami mewasiatkan kepada anak-cucu kami supaya meneruskan perjuangan kami selagi ada sekerwala bulan dan bintang.
Kolej Kedua, Nik Abdul Rashid,
Universiti Malaya. Penasihat GPMS,
9hb April 1977. 1977/78

Sajian Perjuangan


GABUNGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

RESEPI : MASAKAN INSAN KAMIL.

Bahan-Bahan
  • Sepeluk tubuh daging muda
  • Setengah kati otak cucu Adam
  • 211 kerat tulang
  • Sedulang kulit insane
  • Satu kawah darah gemuruh
  • Enam kawah air iman
  • Satu kolah besar besar air jiwa dimanis
  • Tujuh helai daun sabri Wali
  • Satu kawah minyak malaikat
  • Tujuh ruas Taqua jati
  • Sejuta talam daun amal salih
  • Empatpuluh camca besar serbuk kebangsaan tulin
  • Satu tempayan besar pati perjuangan
  • 365 kelopak besar bunga dedikasi
  • Enam pelepah daun insaf
  • Enam pelepah daun sedar
  • Sebuah bahtera lomba
  • 365 batang Pengayoh
  • Dua belas lori pati buah rajin
  • Tujuh depa kayu manis hidup
  • Tujuh hasta batang wali pahit
  • Tujuh camca besar serbuk akhlak mulia
  • Satu camca kecil omong-omong kosong
  • 365 ulas bawang gigih
  • Satu tin besar kepala santan asmara
  • Sepeluk tubuh nafsu Hawa
  • Setitik air baka Adam
  • Satu kolah air semangat koperasi
  • Sekepal nasi berani
  • Sebuah lautan air ilmu
  • Serbuk korban sedaya upaya
  • Garam hidup secukup rasa
  • Serbuk perasa sekehandak hati

Cara menyediakannya:

                Bersihkan daging baik-baik dalam air iman. Buangkan lender-lendir hasad, dengki, tamak, haloba, khianat dan pemalas. Cabut semua bulu sifat ‘tidak apa’. Kikis perlahan-lahan nafsu haiwan, jika ada. Balutkan daging di atas tulang supaya terlindung, tetapi jangan balutkan daging di tempat yang berdekatan dengan betis, supaya ia tinggal menjadi tulang kering. Sadurkan daging itu dengan kulit insane.

                Daun sedar, daun insaf, daun sabar dan tujuh ruas taqua digiling lumat-lumat. Kemudian masukkan serbuk akhlak. Jika terlampau kering masukkan sedikit air iman. Tumiskan semuanya dalam minyak malaikan sehingga menguning. Ketika mumbu itu masih panas masukkan semuanya ke dalam otak cucu Adam. Jangan sekali-kali masukkan ketika mumbu itu sudah menjadi sejuk.

                Masukkan otak cucu Adam itu ke dalam kepala dan letakkan di bahagian atas daging tadi. Adunkan serbuk semangat kebangsaan dengan darah gemuruh sehingga sebati. Siramkan darah gemuruh ke dalam daging. Hembusan nafas ke Islaman kedalamnya supaya ia menjadi insane.

                Bahagikan sejuta talam daun amal salih, satu kolah air dinamis, satu tempayan besar sikap pembangunan, 365 kelopak bunga dedikasi, satu kolah air semangat koperasi dan sebelas lori pati buah rajin kepada lebih kruang 60 bahagian (jika mahukan bahagian yang lebih daripada 60, masukkan obat jasad sihat – tepuk dada Tanya selera). Masukkan satu bahagian sahaja ke dalam dada insane tadi. Yang bakinya, simpan baik-baik dalam peti sejuk. Letakkan insane itu diatas bahtera lomba berwap (steam boat).

                Letakkan bahtera lomba itu di tepi lautan gelora. Isikan bahtera itu dengan buah rajin, kayu manis hidup, batang wali pahit, kulit masam hidup, bawang gigih, dan nasi berani. Berikan kepada insan itu sebatang pengayuh pada tiap-tiap kali matahari terbit untuk mengayuh bahtera itu. Sekali-sekala, masukkan nafsu HAwa dengan merenjiskan kepala santan asmara kedalam acuan yang telah disediakan. (Jangan gunakan acuan lain, sebab ianya mungkin berkarat, kotor dan merbahaya). Jika dikehendaki, masukkan juga setitik air baka Adam. Masukkan garam hidup secukup rasa, dan renjiskan air semangat koperasi, serbuk perasa sekehendak hati dan serbuk korban sedaya upaya.

                Hidupkan api supaya ilmu dalam ‘steam boat’ itu mendidih, berombak dan bergelora. Masukkan bahtera lomba itu kedalamnya. Kaca perlahan-lahan sehingga Nampak buih-buih di atas ubun-ubunnya. Jika penat mengacau, rehat sekejap dan ketika itu masukkan setengah camca kecil omong-omong kosong. Jika masih penat, masukkan sedikit pati buah rajin.

                Tunggu sehingga bahtera itu sampai keseberang lautan. Jika ternampak mana-mana bahtera yang bocor, tolong tampalkan lobangnya. Lupakan mana-mana bahtera yang karam. Ia akan tenggelam dengan sendirinya.

Hidangan:

                Hidangkan masakan ‘Bahtera Lomba Insan Kamil’ ini di atas pinggan yang beralaskan Dua Kalimah Syahadah, dan dimulakan makan dengan Bismillah untuk dinikmati oleh orang yang mengakui dirinya orang Melayu yang tinggal di Malaysia, sebuah Negara yang merdeka, berdaulat, aman dan makmur yang dihuni oleh masyarakat adil yang berpandukan kepada Rukunegara.


Kolej Kedua,                                                                                   Nik Abdul Rashid
Universiti Malaya,                                                                            Tukang Masak
9hb April 1977

*Catitan:

                Bahan-bahan ini boleh dibeli di kedai-kedai yang berlesen sahaja di seluruh pelusuk tanah air, atau terus pesan kepada mana-mana satu dari lima buah Pengedar Khas, 4 buah di Kuala Lumpur dan sebuah di Pulau Pinang. Jangan sekali-kali membeli bahan-bahan ini di kaki lima; takut-takut kena tiruan.

Sabtu, 28 Januari 2012

Fasilitator

Assalamualaikum W.B.T

Bila berada dalam dunia FASILITATOR ini, aku asyik memikirkan apa yang harus ada dan tidak patut ada. banyak persoalan yang bermain di benak pemikiran aku ini, sehinggakan aku menjadi PENCANDU kepada dunia FASILITATOR ini. 

Ramai yang telah aku latih walaupun aku tidak mempunyai SIJIL dalam dunia FASILITATOR ini. Aku juga bukan seorang yang ternama dalam dunia FASILITATOR ini. Tapi yang membuatkan aku semangat dan membangun untuk menjadi seorang FASILITATOR ini adalah kerana BAGINDA RASULULLAH S.A.W juga merupakan seorang FASILITATOR yang terbaik dan terhebat dalam sejarah MANUSIA.

Apabila melihat sesetengah FASILITATOR yang menjalankan AKTIVITI tetapi tidak memahami apa yang harus disampaikan itu yang membuatkan aku marah dan kecil hati. Apabila sesuatu itu berlaku dalam perjalanan modul, impak dan juga kesannya haruslah menusuk kedalam minda masing-masing bukannya 1 perkara kosong sahaja. 

Dalam masa yang sama juga, ada setengah FASILITATOR mula mencari JODOH dalam keadaan begini. Itu yang membuatkan perlaksaan dan ketepatan objektif tidak tercapai. Biarlah ilmu FASILITATORnya bertahun-tahun tetapi jika perkara sebegini berlaku maka dia tidak layak untuk menjadi FASILITATOR yang terbaik. -bukan tidak boleh untuk mencari tetapi jika semua program nak mencari susah jugak-

Dunia fasilitator ini merupakan 1 dunia yang penuh dengan HIPOKRIK itu memang aku sendiri akuinya. Tapi lama-kelamaannya perkara yang buruk dalam diri mengubah kepada kebaikkan, perkara kebaikkan bertambah kepada kebaikkan. Siapa sangka, sekiranya dulu anda merupakan seorang kaki arak berubah dalam dunia FASILITATOR ini. Tidak disangkal, perkara ini, ada terjadi dan ianya terbukti kebenarannya.

Nasihat aku kepada mereka yang ingin menjadi FASILITATOR untuk menasihati kepada anak bangsa dan juga AGAMA. Lakukan semuanya atas keikhlasan diri, buatlah perkara tersebut untuk memajukan diri serta laksanakanlah dengan sepenuh hati. 

LEGASI----?

Assalamualaikum W.B.T

Setelah menjadi MANTAN ini, barulah aku mengetahui apa sebenarnya LEGASI yang dimaksudkan oleh MANTAN-MANTAN aku dahulu. Banyak perkara yang bermain difikiran aku mengenai APAKAH MODUL yang sesuai untuk merencanakan pergerakkan dalam KEPIMPINAN aku dahulu. Dari masa kemasa barulah aku mengetahui MODUL yang terbaik untuk dilaksanakan dan harus disebarkan. 

Pada kepimpinan aku, tidaklah semuanya indah dan hebat tetapi yang boleh aku nyatakan adalah IKATAN KEKELUARGAAN itu yang aku kagumi, di mana bukan sahaja di GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa sahaja ikatan itu terjalin tetapi telah berkembang jauh dari segenap MALAYSIA. Itu yang aku kagumi dan merupakan 1 MODUL yang berjaya dilaksanakan. 

Biarpun kadang kala diatas, kadang kala dibawah dan ada ketikanya ditengah-tengah tetapi apa sahaja yang datang akan diselesaikan dengan IKATAN KEKELUARGAAN itu sendiri. Usaha ini juga telah diteruskan di sebelah Pantai Timur, Selatan dan juga Tengah termasuk Utara. Begitu besar rupanya ikatan kekeluargaan yang telah terjalin tanpa disedari aku sendiri.
Pada ketika ini, barulah aku mengerti dan berbangga dengan diri aku sendiri bahawa aku mempunyai ikatan kekeluargaan yang besar. Dan apabila aku memikirkan semula barulah aku mengerti INI ADALAH LEGASI YANG AKU TINGGALKAN KEPADA KEPIMPINAN BARU GPMS CAW. KHAS KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA.

"Nama tidak ku pinta, Harta tidak ku menduga, Pangkat pula hanya sementara, Inilah sumpah anak bangsa dan agama, Ikhlaskan hati dan sentiasa merendah diri, menjadi teman perjuangan dalam diri"