RaMai GaK uSHa

Rabu, 26 Oktober 2011

Soalan Lazim Mengenai GPMS?

Assalamualaikum W.B.T

Harap anda semua dalam keadaan sihat dan diredhai oleh ALLAH. Hari ini BTB akan membincangkan 1 isu yang sekian lama telah di suarakan oleh semua mahasiswa serta masyarakat Islam serta bangsa Melayu di seluruh pelusuk Malaysia mengenai PERJUANGAN GPMS. BTB bukannya otai dalam GPMS ini tetapi InsyaALLAH BTB akan cuba untuk mengupas dan menyatakan apa tujuan dan matlamat sebenar GPMS. 

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia
Sedikit sejarah mengenai GPMS.

Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran tersebut maka berkumpullah beberapa orang pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya dalam kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan orang Melayu seperti halangan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Tokoh pelajar yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al-Kalali.

Dalam bidang ekonomi pula, pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) menulis rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu yang tersiar dalam Al Ikhwan 16 Mac 1927. Manakala dalam bidang politik telah bangkit pula angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang bekerja keras untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Melalui asuhan semangat dari guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, pelajar tersebut yang diketuai Ibrahim Haji Yaacob meneroka perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika itu timbul kesedaran nasionalisme menjadi gerakan sosial (social force) sebagai akibat daripada penyebaran idea tentang kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan melalui konsep “Kesatuan Malaya” menyuburkan secara spontan peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.


SOALAN LAZIM MENGENAI GPMS?
  • Matlamat dan tujuan perjuangan GPMS?
Matlamat dan perjuangan GPMS boleh dirujuk pada MUKADIMAH GPMS atau dikenali sebagai 4 Sedar iaitu:-

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung untuk menghadiri persidangan pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948,

Sedar:- Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Tanah Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Sedar:- Atas kemunduran kami di alam ilmu pengetahuan
Sedar:- Atas kewajiban kami dalam meningkat darjat pengetahuan bangsa
Sedar:- Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

Berpendapat bahawa Gabungan Pelajar Melayu  Semenanjung wajiblah di dirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

  • Kenapa tidak diletakkan Islam dalam GPMS?
Seperti yang anda semua sedia maklum, GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 lagi iaitu sebelum kemerdekaan. Oleh itu ini merupakan sejarah bagi GPMS yang tidak dapat diubah mahupun dari segi perkataan ataupun ejaan. Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis semula dengan sesuka hati kerana ia merupakan lambang dan sejarah bagi kita semua.

GPMS merupakan subjektif iaitu satu nama yang telah diberikan atas dasar dan perjuangan Islam juga. Tidak bermakna tiada perkataan ISLAM pada GPMS ia beerti GPMS bukan memperjuangkan ISLAM dan hanya Bangsa semata-mata sahaja. 

Contoh paling mudah adalah mengenai nama anda. Sekiranya nama anda Safuan B. Salim ini bermakna dia bukan memperjuangkan ISLAM kerana namanya tidak mempunyai perkataan ISLAM. Dan adakah nama yang mempunyai perkataan ISLAM seperti REBECA NUR ISLAM memperjuangkan ISLAM. 

Perjuangan Islam adalah terletak pada Iman seseorang samada dia mampu untuk membawanya ataupun tidak bukan hanya pada nama. 

  • Saya perjuangkan Islam tidak perjuangkan Bangsa?
Sekiranya anda berpendapat begini anda merupakan seorang yang rugi, ini kerana sekiranya anda benar-benar memperjuangkan Agama anda harus tahu bahawa NABI-NABI kita juga berjuang untuk BANGSAnya juga iaitu BANGSA ARAB dengan berpandukan AJARAN AGAMA ISLAM yang diperintahkan oleh ALLAH.

Dakwah Nabi Muhammad SAW dimulai dari wilayah Makkah di jazirah Arab (Bangsa ARAB), walaupun pada akhirnya ajaran beliau adalah untuk seluruh umat manusia. Jauh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya Allah SWT juga telah mengutus nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Kedua Rasul ini telah berhasil membina BANGSA ARAB dan masyarakat makkah menjadi orang yang beriman dan hanya menyembah kepada Allah SWT.

Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara itu pada zahirnya sahaja, sekiranya anda benar-benar perjuangkan ISLAM apa yang telah anda lakukan untuk mengubah persepsi Agama lain atau masyarakat yang bukan Islam terhadap AGAMA ISLAM. Oleh yang demikian, disebabkan isu ini ramai diantara kalangan BANGSA MELAYU kita yang terang-terang AGAMA ISLAM telah berpecah belah disebabkan PERKATAAN sahaja iaitu ISLAM dan MELAYU.

Jika kita lihat pada zahirnya memang berbeza tetapi adakah pada sebaliknya ia juga sama. Tidak mungkin sama sekali. Sekiranya kita lihat, Dalam mukadimah GPMS Sedar yang pertama merupakan asas kerana is juga berpandukan pada AL-QURAN dan Hadis. Iaitu kita harus BERSATU. 

Nabi Muhammad mengajarkan bahwa kemuliaan manusia tidak diukur dari harta, keturunan, suku, keindahan tubuh, kekuatan, maupun pangkat dan jabatannya dalam masyarakat. Namun kemuliaan manusia terletak pada ketaatannya kepada Allah SWT dan kemuliaan akhlaknya, baik berupa sikap, perkataan, maupun perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari.

  • Adakah GPMS merupakan Tali Barut UMNO?
Pemimpin dalam GPMS adalah berbeza-beza. Dalam GPMS juga terdapat pelbagai ahli yang berbeza fahaman POLITIKnya. Dalam masa yang sama GPMS merupakan badan NGO dan dengan itu ia telah menyatakan bahawa GPMS merupakan NON-PARTISAN.

GPMS mungkin telah dimanipulasikan oleh sesetengah individu yang berbeza politik dan telah lari dari perjuangan sebenarnya tetapi itu merupakan salah individu yang membawa ajaran serta fahaman yang salah. Sekiranya beliau merupakan seorang yang memahami GPMS dan perjuangannya perkara ini tidak akan terjadi. 

GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Sekiranya anda berada dalam dunia POLITIK anda jangan sesekali menyebut nama GPMS dalam fahaman POLITIK anda walaupun anda merupakan ahli GPMS.  GPMS tidak menghalang asalkan bila anda berada dalam aktiviti GPMS anda tidak membawa fahaman anda. Kita merupakan satu keluarga walaupun berbeza fahaman POLITIK. Begitu juga ISLAM dimana kita mempunyai 4 MAZHAB yang berbeza fahamannya tetapi kita merupakan 1 KELUARGA iaitu ISLAM.


  • Bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?
Pelajar Melayu di Sabah dan Sarawak juga boleh menyertai GPMS kerana GPMS merupakan GABUNGAN PELAJAR MELAYU. Tidak kira anda berada dimana sekalipun, jika anda seorang MELAYU anda boleh sertai kami. 

Pada nama sahaja ternyata Semenanjung ini kerana pada tahun 1948 Sabah dan Sarawak tidak lagi berada dalam kedudukan Tanah Melayu. Hanya pada tahun 1963 barulah Sabah dan Sarawak menyertai MALAYSIA. Sehubungan dengan itu, sejarah tidak dapat diubah. Walaupun Semenanjung tetapi GPMS juga dikenali sebagai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung MALAYSIA.

Di Singapura kita juga ada GPMS begitu juga baru-baru ini dimana di MEDAN Indonesia telah tertubuhnya GPMS. Oleh yang demikian tidak kira anda dari negara manapun sekiranya anda adalah berketurunan dan berbangsa MELAYU serta yang berbangsa lain tetapi telah memeluk ISLAM anda semua boleh menyertai GPMS.

Alhamdulillah sampai sini sahaja BTB boleh berikan. Sekiranya ada terkasar bahawa BTB mohon maaf. Dan sekiranya ada yang salah silap boleh POS kan komen untuk menegur kesalahan yang BTB telah lakukan. Seperti BTB sedia maklumkan bahawa BTB bukan seorang yang arif lagi. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai GPMS ataupun apa-apa sahaja termasuk AGAMA boleh emailkan pada BTB pada mfi7789@gmail.com. 

5 ulasan:

  1. BTB stand for belajar terus belajar..haha..
    agaknya le kan..
    BTW..nak minta izin copy bole x BTB?hehe..

    BalasPadam
  2. Nurul:- BTB tu maknanya Belajar Terus Belajar.. Nama bagi blog nie..

    Mohd Abu:- Silakan selagi Ilmu ini boleyh diguna pakai.. sekiranya ada yg lebih baik maka gunalah ilmu yg lebih baik itu...

    BalasPadam
  3. xde button like lak kt cni..kalo ade dah konpem dah ira like..hehe..

    BalasPadam
  4. erm.. huhu.. button like mmg x der.. tp button lain ada la.. leyh la nak right kat situ..

    BalasPadam