RaMai GaK uSHa

Ahad, 30 Oktober 2011

KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?

Assalamualaikum W.B.T



Ini adalah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi mempunyai pengetahuan cetek tentang agama. 

Ceritanya Bermula 

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. 

BTB tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar tahun 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Gadis itu dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz menjalankan tugasnya dengan memberikan nasihat. 

"Selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia kepanasan telinga, tidak tahan mendengar nasihat ustaz itu.

Ustaz tersebut terkedu seketika. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah gadis ini. Setelah gadis itu selesai membebel, ustaz itu pun berkata, "Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak akan jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?" 

Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka penuh kehairanan, ustaz itu jelaskan, "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua boleh masuk syurga. Maka apa gunanya menjadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tidak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh di dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu. Tiada siapa yang akan menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita mahukan? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz. 

"Mana adil macam tu. Orang jahat tidak akan terlepas macam itu saja." rungut si gadis. 

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tidak adil, boleh ke dianggap baik?" 

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Dia juga Maha Adil. Sebab itu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Semasa Zaman Pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi-Libya

Assalamualaikum W.B.T


Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya MEMAKSA Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu DINAR EMAS. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat TERDESAK untuk mempercepatkan usaha MEMBUNUH Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat DIGERUNI dan DITAKUTI Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:
  1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya.
  2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba'.
  4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
  5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
  6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
  7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
  8. Pendidikan adalah percuma.
  9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
  10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan.
  11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter. (Libya merupakan pengeluar minyak)
  12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
  13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
  14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  15. Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
  17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
  18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah, satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat.
  19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya.

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri.

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redha dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik. (Petikan dari Zulkifli Nordin)

Rabu, 26 Oktober 2011

Soalan Lazim Mengenai GPMS?

Assalamualaikum W.B.T

Harap anda semua dalam keadaan sihat dan diredhai oleh ALLAH. Hari ini BTB akan membincangkan 1 isu yang sekian lama telah di suarakan oleh semua mahasiswa serta masyarakat Islam serta bangsa Melayu di seluruh pelusuk Malaysia mengenai PERJUANGAN GPMS. BTB bukannya otai dalam GPMS ini tetapi InsyaALLAH BTB akan cuba untuk mengupas dan menyatakan apa tujuan dan matlamat sebenar GPMS. 

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia
Sedikit sejarah mengenai GPMS.

Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran tersebut maka berkumpullah beberapa orang pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya dalam kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan orang Melayu seperti halangan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Tokoh pelajar yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al-Kalali.

Dalam bidang ekonomi pula, pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) menulis rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu yang tersiar dalam Al Ikhwan 16 Mac 1927. Manakala dalam bidang politik telah bangkit pula angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang bekerja keras untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Melalui asuhan semangat dari guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, pelajar tersebut yang diketuai Ibrahim Haji Yaacob meneroka perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika itu timbul kesedaran nasionalisme menjadi gerakan sosial (social force) sebagai akibat daripada penyebaran idea tentang kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan melalui konsep “Kesatuan Malaya” menyuburkan secara spontan peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.


SOALAN LAZIM MENGENAI GPMS?
  • Matlamat dan tujuan perjuangan GPMS?
Matlamat dan perjuangan GPMS boleh dirujuk pada MUKADIMAH GPMS atau dikenali sebagai 4 Sedar iaitu:-

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung untuk menghadiri persidangan pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948,

Sedar:- Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Tanah Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Sedar:- Atas kemunduran kami di alam ilmu pengetahuan
Sedar:- Atas kewajiban kami dalam meningkat darjat pengetahuan bangsa
Sedar:- Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

Berpendapat bahawa Gabungan Pelajar Melayu  Semenanjung wajiblah di dirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

  • Kenapa tidak diletakkan Islam dalam GPMS?
Seperti yang anda semua sedia maklum, GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 lagi iaitu sebelum kemerdekaan. Oleh itu ini merupakan sejarah bagi GPMS yang tidak dapat diubah mahupun dari segi perkataan ataupun ejaan. Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis semula dengan sesuka hati kerana ia merupakan lambang dan sejarah bagi kita semua.

GPMS merupakan subjektif iaitu satu nama yang telah diberikan atas dasar dan perjuangan Islam juga. Tidak bermakna tiada perkataan ISLAM pada GPMS ia beerti GPMS bukan memperjuangkan ISLAM dan hanya Bangsa semata-mata sahaja. 

Contoh paling mudah adalah mengenai nama anda. Sekiranya nama anda Safuan B. Salim ini bermakna dia bukan memperjuangkan ISLAM kerana namanya tidak mempunyai perkataan ISLAM. Dan adakah nama yang mempunyai perkataan ISLAM seperti REBECA NUR ISLAM memperjuangkan ISLAM. 

Perjuangan Islam adalah terletak pada Iman seseorang samada dia mampu untuk membawanya ataupun tidak bukan hanya pada nama. 

  • Saya perjuangkan Islam tidak perjuangkan Bangsa?
Sekiranya anda berpendapat begini anda merupakan seorang yang rugi, ini kerana sekiranya anda benar-benar memperjuangkan Agama anda harus tahu bahawa NABI-NABI kita juga berjuang untuk BANGSAnya juga iaitu BANGSA ARAB dengan berpandukan AJARAN AGAMA ISLAM yang diperintahkan oleh ALLAH.

Dakwah Nabi Muhammad SAW dimulai dari wilayah Makkah di jazirah Arab (Bangsa ARAB), walaupun pada akhirnya ajaran beliau adalah untuk seluruh umat manusia. Jauh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya Allah SWT juga telah mengutus nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Kedua Rasul ini telah berhasil membina BANGSA ARAB dan masyarakat makkah menjadi orang yang beriman dan hanya menyembah kepada Allah SWT.

Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara itu pada zahirnya sahaja, sekiranya anda benar-benar perjuangkan ISLAM apa yang telah anda lakukan untuk mengubah persepsi Agama lain atau masyarakat yang bukan Islam terhadap AGAMA ISLAM. Oleh yang demikian, disebabkan isu ini ramai diantara kalangan BANGSA MELAYU kita yang terang-terang AGAMA ISLAM telah berpecah belah disebabkan PERKATAAN sahaja iaitu ISLAM dan MELAYU.

Jika kita lihat pada zahirnya memang berbeza tetapi adakah pada sebaliknya ia juga sama. Tidak mungkin sama sekali. Sekiranya kita lihat, Dalam mukadimah GPMS Sedar yang pertama merupakan asas kerana is juga berpandukan pada AL-QURAN dan Hadis. Iaitu kita harus BERSATU. 

Nabi Muhammad mengajarkan bahwa kemuliaan manusia tidak diukur dari harta, keturunan, suku, keindahan tubuh, kekuatan, maupun pangkat dan jabatannya dalam masyarakat. Namun kemuliaan manusia terletak pada ketaatannya kepada Allah SWT dan kemuliaan akhlaknya, baik berupa sikap, perkataan, maupun perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari.

  • Adakah GPMS merupakan Tali Barut UMNO?
Pemimpin dalam GPMS adalah berbeza-beza. Dalam GPMS juga terdapat pelbagai ahli yang berbeza fahaman POLITIKnya. Dalam masa yang sama GPMS merupakan badan NGO dan dengan itu ia telah menyatakan bahawa GPMS merupakan NON-PARTISAN.

GPMS mungkin telah dimanipulasikan oleh sesetengah individu yang berbeza politik dan telah lari dari perjuangan sebenarnya tetapi itu merupakan salah individu yang membawa ajaran serta fahaman yang salah. Sekiranya beliau merupakan seorang yang memahami GPMS dan perjuangannya perkara ini tidak akan terjadi. 

GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Sekiranya anda berada dalam dunia POLITIK anda jangan sesekali menyebut nama GPMS dalam fahaman POLITIK anda walaupun anda merupakan ahli GPMS.  GPMS tidak menghalang asalkan bila anda berada dalam aktiviti GPMS anda tidak membawa fahaman anda. Kita merupakan satu keluarga walaupun berbeza fahaman POLITIK. Begitu juga ISLAM dimana kita mempunyai 4 MAZHAB yang berbeza fahamannya tetapi kita merupakan 1 KELUARGA iaitu ISLAM.


  • Bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?
Pelajar Melayu di Sabah dan Sarawak juga boleh menyertai GPMS kerana GPMS merupakan GABUNGAN PELAJAR MELAYU. Tidak kira anda berada dimana sekalipun, jika anda seorang MELAYU anda boleh sertai kami. 

Pada nama sahaja ternyata Semenanjung ini kerana pada tahun 1948 Sabah dan Sarawak tidak lagi berada dalam kedudukan Tanah Melayu. Hanya pada tahun 1963 barulah Sabah dan Sarawak menyertai MALAYSIA. Sehubungan dengan itu, sejarah tidak dapat diubah. Walaupun Semenanjung tetapi GPMS juga dikenali sebagai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung MALAYSIA.

Di Singapura kita juga ada GPMS begitu juga baru-baru ini dimana di MEDAN Indonesia telah tertubuhnya GPMS. Oleh yang demikian tidak kira anda dari negara manapun sekiranya anda adalah berketurunan dan berbangsa MELAYU serta yang berbangsa lain tetapi telah memeluk ISLAM anda semua boleh menyertai GPMS.

Alhamdulillah sampai sini sahaja BTB boleh berikan. Sekiranya ada terkasar bahawa BTB mohon maaf. Dan sekiranya ada yang salah silap boleh POS kan komen untuk menegur kesalahan yang BTB telah lakukan. Seperti BTB sedia maklumkan bahawa BTB bukan seorang yang arif lagi. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai GPMS ataupun apa-apa sahaja termasuk AGAMA boleh emailkan pada BTB pada mfi7789@gmail.com.