RaMai GaK uSHa

Khamis, 21 Julai 2011

Kami PEMBUNUH!!!

Assalamualaikum W.B.T

Hah, nie la orang cakap x dak reja cari reja. Aku ngan kawan2 aku kali nie dah jadi PEMBUNUH. Nak buat macam mana benda dah jadi. Aduh, tapi aku rasa x berdosa kot jadi PEMBUNUH nie. Maklumlah bukan apa untuk kesihatan jugakkan. Huahaha.. Kalu nak jadi PEMBUNUH mesti ada orang bagi upah kan or orang bayar kan. Nak tau sapa yang sponsor kami untuk MEMBUNUH nie. Jom kita tengok.

Haha.. tu dia semuanya MERAH. huhu..

Kami bukan team PATRIOT keh, x dak masa nak join team tu. Huhu..
Hah.. so dah tau sapa sponsor kami semua. Aper x nampak pun. ok2, TERIMA KASIH KEPADA RIDSECT yang sponsor baju dan topi nie untuk kami bergambar. Dan kalu boleh nanti bagi la sekali ngan UBAT NYAMUK sekali. Kalu x nak pun bagi la sponsor kat kami untuk buat program.

So kami bukan sahaja menyokong RIDSECT tapi kami menyokong KEMPEN "KILLs AEDES" huahaha.. 

Jumaat, 15 Julai 2011

KENALI BIOGRAFI AL-IMAM SUYUTI RA

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Nama sebenar: Abdul Rahman bin Abu Bakr As-Suyuti

Imam As-Suyuti terkenal kerana alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar ‘Syeikhul Hadis’. Di samping itu beliau juga terkenal sebagai seorang yang diberi oleh Allah banyak Karamah.

Kelebihan Imam Suyuti dalam ilmu Hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orang-orang yang menaruh hasad terhadapnya.

Di Mesir, beliau pernah memberi fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama pakaiannya. 

Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke negeri itu, sementara orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa berhutang dengan orang lain untuk membeli makanan, tetapi tidak berdaya membayar hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang, namun dia madsih berhutang dengan orang lain.

Ada sekumpulan orang hendak menguji Karamah Imam Suyuti, lalu mereka meminta beliau menyatakan (menerusi kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang terkenal zalim terhadap rakyat di daerah itu.

Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan diganti dengan orang yang namanya fulan bin fulan.

Denagn niat buruk, mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang zalim itu hingga penguasa itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk dihukum bunuh.

Tetapi Imam Suyuti berjaya meluluskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.

Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti yang bernama Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata kepadanya : ‘Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk bersembahyang Asar, dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku.’

Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memengang tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. Kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya. 

Kata khadam itu : ‘Masa aku membuka mata, aku lihat kami sedang berada di Ma’la dekat kuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyainah. Kemudian kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air Zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun sembahyang Asar berjama’ah.

Kemudian Imam Suyuti berkata : ‘Perjalanan kita dari Mesir ke Makkah ini tidak menghairankan. Lebih hairan, ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak mengenal kita’.

Imam Suyuti berkata : ‘Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di sini saya izinkan.’ Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang tangannya dan membawa dia berjalan tujuh langkah sambil memejamkan matanya.

Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyusyi, di kota Khahirah. Dia mengikut Imam Suyuti ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.

Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata : ‘Aku pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi). Aku dipanggilnya : ‘Wahai Syeikhul Hadis!’ Dan aku pernah bertanya : ‘Ya Rasulullah s.a.w. apakah aku termasuk ahli syurga?’ Rasulullah menjawab : ‘Ya benar.’ Aku bertanya lagi : ‘Tanpa diseksa dahulu?’ Baginda menjawab : ‘Ya, sesuka hatimu.’ 

Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya : ‘Wahai tuan guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga?’ Imam Suyuti menjawab : ‘Lebih 70 kali.’

Imam Suyuti wafat di Kahirah, Mesir tahun 911 Hijriyah.

Sila rujuk kitab2 terkenal dalam bahasa Arab:

1. Jamik Karamatul Aulia - Al Allamah Syeikh Yusuf bin Ismail an Nabhani

2. Tazdkiratul Aulia - Fariduddin Atar

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Selasa, 12 Julai 2011

Urusetia KOGUM (Pendaftaran, Penginapan dan Kebajikan

Assalamualaikum W.B.T

Pada 6hb hingga 11hb Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan (KOGUM) telah dilaksanakan oleh Pengerusi GPMS Negeri Sembilan iaitu En. Md Zain Abu. Perlaksaan program telah dijalankan di Dewan Sri Budiman UITM SHAH ALAM. Para peserta daripada 1000 orang dikalangan BAKAL-BAKAL GURU seluruh MALAYSIA termasuk SABAH dan SARAWAK. 


Urusetia paling dan amat penting pada setiap masa itu adalah Urusetia Pendaftaran, Peniginapan dan Kebajikan yang diketuai oleh Saudari Sri Hani (yang jujur danteramat jujur). 

Nie la orang paling amik berat urusetia dibawahnya. huahaha
Okeh. Nie dua orang yang penting, tapi paling penting SRI HANI la.. huhu.. erm.. klu x memang x tau nak buat pa nie. erm.. dan Urusetia lain adalah dari GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa (IIC), GPMS Caw. Khas UITM SHAH ALAM, GPMS Caw. Khas Universiti Teknikal Melaka dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semua depa nie gila-gila. Tapi best la kan sebabnya x dak la tension sangat nak wat reja nie. huhuhu. Jom kita tengok depa sorang-sorang.

Kita start ngan GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa dulu yerk.. hahaha

Yg nie aku lak.. huahaha.. erm.. aper nie tetiba ja aku kna jadi penolong  SRi. huhu..
Nie plak Am... Dia satu bilik ngan aku.. huhu.. 
My little sister Tikah.. huhuu
Adik aku paling KECIK, KHYRA.. huhu
Ok.. sekarang nie jom kita tengok wakil dari UKM.
NIe lak SYED.. huuhuh.. 
NIe SERI.. huhu.. pergh... layan kot.. 
NIe plak Azu.. huhu kecian dia asyik demam jer.. huahaha.. penat erk.. ke x makan..
NIe la orang paggil dia SYAK.. huahuhuhahah.. SYAK WASANGKA
Ok sekarang nie plak jom kita tengok wakil dari GPMS Caw. Khas UITM SHAH ALAM.

Nie plak adha.. huhu.. 
NIe Nazzrin.. Pengerusi Tetap UITM SHAH ALAM
Hadi YDP UITM SHAH ALAM.. huhu Salam perkenalan
NIe lak asmirul.. huuh.. Ajin dak nie.. haha.. dia penyelamat nie.. huhu x dak dia x tau la amcam na..
NIe orang panggil dia asma.. huhu.. nasib bek x panggil lelah.. huahaha
nie lak rusydi.. huhu.. 
Sekarang nie wakil dari GPMS Caw. Khas UTEM, Sorang ja wakil nie cantik molek lak tu.. huahaha.. 

Yang blah kiri tu la wakil dari UTEM huhu ira namanya.. comelkan.
Yang blah kiri tu skali la gambaq dia x dak aku cari.. aku x ingat la nama ang.. tapi aku tau org panggil ang wan kan.. haha
Yang blah kanan skali tu lak marz.. huhu.. jauh sangat x nampak lak.. huhu
OKlah sampai sini ja kot apa yang aku nak bagtau pasai urusetia yang sangat setia pada SRI hani.. Setia berkhidmat.. haha.. Ok pape pun thanks semua yang berjaya menjalankan tugas anda dengan baik.. huhu