RaMai GaK uSHa

Khamis, 2 Jun 2011

Pesanan YANG DI-PERTUA

Assalamualikum W.B.T

Terima kasih kerana sudi membaca perutusan ini. Kepada keluargaku sekalian ini bukan satu pesanan mahupun satu gurauan tetapi ini adalah satu perutusan dimana melibatkan MARUAH KELUARGA GPMS KIA IIC yang selama ini telah bertahta di hati kita. Jangan hanya kerana perkara yang remeh ini melihatkan kita jatuh kembali ke LANTAI seperti yang telah berlaku sebelum ini. Kita sekarang berada di jalan yang benar. Jalan yang membawa kita semua ke arah MARTABAT BANGSA MELAYU dan juga paling penting iaitu AGAMA.

Disini Pertemuan Kita Semua

Saya menerima jawatan diatas desakkan adik-beradik yang saya anggap rapat dan sama perjuangan. Dalam masa yang sama saya juga bukanlah seorang PEMIMPIN yang layak untuk menerima jawatan yang sebesar ini. Tapi demi ANAK BANGSA MELAYU pada abad ini membuka mata saya untuk menerima cabaran ini dan jawatan ini. Dalam masa yang sama adik beradik saya yang sama perjuangan juga menjadi AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI bagi bersama-sama MEMARTABATKAN PERJUANGAN ini. 

Inilah Gelagat Kita Sebuah Keluarga

Setelah 3 tahun saya bersama GPMS CAW. KHAS KIA saya tidak ingin tahun ini menjadi seperti tahun-tahun sebelum ini dimana KAWAN MENJADI LAWAN, KAWAN HILANG KAWAN, KAWAN MAKAN KAWAN serta demi KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Saya juga inginkan sesuatu yang baru didalam KELUARGA GPMS KIA IIC 2011 ini lain daripada sebelum-sebelum ini. Jika dulu kita menjadi lawan bagi saya kali ini LAWAN MERUPAKAN KAWAN. Perubahan GPMS KIA IIC 2011 pada kali ini amat memberangsangkan. Pelbagai program yang telah dijalankan dan melebihi daripada tahun sebelum-sebelum ini. Ini semua kerana ANDA. 

Ingatlah Janji-jani Kita Semua pada Waktu Ini

GPMS merupakan kerja SUKARELAWAN yang tidak memaksa dan dipaksa, tetapi haruslah niat pada HATI sendiri. sekiranya anda merasakan ianya baik untuk anda maka hadirlah membantu. Jawatan juga telah saya nyatakan iaitu "JAWATAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA MAKNA PADA SAYA" dan itulah yang telah saya ajarkan pada adik-adikku semua. Jauh mana kita lari dunia yang kita hidup ini mesti akan dipertemukan kembali. 

Apa yang berlaku itu, anggaplah satu cabaran buat kita semua. Setalah 6 bulan kita bersama, 6 bulan kita ketawa bersama, 6 bulan kita bertepuk tampar bersama, 6 bulan kita makan bersama, 6 bulan kita berhibur bersama, tapi hanya kerana perkara tersebut kita semua telah HLANG PUNCA, HILANG KELUARGA, HILANG CAHAYA. Ingatlah wahai adik-adikku sekalian, Pemimpin silih ganti, tetapi keluarga yang kukuh susah dicari. 

BANGUNLAH. Marilah kita lakukannya pada tahun ini BAHAWA GPMS KIA IIC 2011 merupakan persatuan terbaik bagi seluruh MALAYSIA dan juga KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA. 

BANGUNLAH. Peganglah 4 SEDAR yang telah kita hafal bersama bagi menggerakkan perjuangan kita selama ini.

BANGUNLAH dan TUNJUKKANLAH pada MEREKA-MEREKA DILUAR SANA SIAPA KITA dan yang paling penting APA MAKNA DAN ERTI SEBUAH KELUARGA?

Apakah makna sebuah keluarga buat anda semua.

Saya memohon ampun sekiranya selama ini, saya tidak tegas dan kurang memberi dorongan kepada adik-adik sekalian. tapi percayalah tidak pernah saya tinggalkan KELUARGA saya ini terkapai-kapai mencari erti SEBUAH PERJUANGAN. Saya juga manusia biasa, tidak ketinggalan dari salah dan silap. Saya juga bukanlah ketua dan pemimpin yang berani bagi menggerakkan sebuah pertubuhan yang begini gah sekali. Tapi yang saya tahu KEKUATAN SAYA BUKAN TERLETAK PADA NAMA tetapi PADA ANDA SEMUA IAITU KELUARGA GPMS KIA IIC SAYA. 

Bukan mudah untuk menjaga hati semua orang, Bukan mudah untuk saya memahami semua orang. Tapi inilah tahap yang telah saya tunjukkan. Pepatah juga ada mengatakan, "TIDAK KIRA SIAPA PEMIMPIN KITA, TETAPI JIKA DIA YANG TERPILIH SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTUNYA". Bukan itu sahaja, dengar pepatah ini pula "JANGAN JADIKAN KELEMAHAN SESEORANG ITU HALANGAN, TETAPI GUNAKANLAH KELEMAHAN SESEORANG ITU"

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada SELURUH KELUARGA GPMS KIA IIC yang selama ini tidak pernah jemu menasihati saya dan juga menegur saya. Jika saya GILAKAN KUASA sudah lama kita semua musnah, Jika saya HENDAKKAN KUASA sudah lama kita semua BERMUSUH.

Kembalikan MARUAH KELUARGA KITA, KELUARGA YANG TELAH MEMBUATKAN ORANG LAIN CEMBURU DENGAN KITA, Ingatlah siapa kita, ingatlah amanah yang telah diberikan pada kita. Jika kita mati kelak, inilah merupakan perkara utama akan ditanyakan. INGAT KELUARGA KITA SEMAKIN BERTAMBAH.

HIDUP GPMS KIA!! HIDUP GPMS KIA!!

Sekian daripada saya- PESANAN YANG DI-PERTUA (hanya pada nama) kepada adik-adikku yang gigih memperjuangakan MARTABAT BANGSA dan juga AGAMA. 

-Belajar Terus Belajar-

Rabu, 1 Jun 2011

Yang Di-Pertua hanya pada PANGKAT

Assalamualaikum W.B.T

Hai.. POST kali ini aku nak ceritakan mengenai PANGKAT, HARTA dan juga NAMA. Dunia sekarang nie memang tidak dinafikan, ketiga-tiga benda inilah yang dikejarkan. Ada yang kejar sebab yang baik dan ada yang kejarnya sebab tamak dan sebagainya. Tapi bagi aku pulak PANGKAT, HARTA dan juga NAMA ini menyebabkan kita semua terpesong dari segala benda. Aku juga ingin tegaskan kepada semua orang yang berada disekeliling aku ini, bahawa AKU MEMANG TIDAK SAMA SEKALI SUKA PADA PANGKAT, NAMA serta HARTA. Cukuplah bagiku ini sederhana sahaja.

Sekarang aku ingin nyatakan bahawa, jika anggap aku sebagai YANG DI-PERTUA membuatkan ampa semua rasa kurang senang aku minta maaf. Dari mula aku dah cakap, PANGKAT bagi aku x dak apa. Kita 1 family. Bila sebut pasai family nie, jangan sesekali pernah terlintas dalam hati nak mengatakan AKU HANYA BerLAKON SELAMA INI. Berlakon apanya. Ko pun dah bersama sampai 6 bulan baru nak cakap macam nie. Jaga la perasaan orang lain sama jangan ikut sedap mulut sebabnya nanti ramai yang benci. 

Ko dah tau aku macam mana, jangan libatkan FAMILY kita yang dah semakin rapat antara satu sama lain. Jangan hanya kerana kau penyebab serta punca keruntuhan KELUARGA ini. Harap ko pk la balik apa yang ko cakap. Aku nie manusia jugak, Aku jugak nak hidup macam orang lain. Nak rasa bercinta n nak rasa dikasihi. Takkan aku just nak pk 24 jam dengan GPMS ja. Aku juga ada perasaan dan hati. Aku rasa ko pun sama. 

Aku couple nie pun sebab bukan suka-suka, aku jugak nak ada masa depan. Kalu ang x suka jangan cakap depan adik beradik yang lain. Cakap ngan aku ja. Aku pun bersabaq jugak dengan adik beradik aku nie tapi aku x pernah nak putus asa or nak letak jawatan ka apa. Kalu x dah lama aku buat. Tapi aku nak depa semua nie lihat perjuangan MELAYU sekarang. Ko dah la senior dalam GPMS kalu ang sendiri wat macam nie nampak sangatlah diri ang patut diperbetulkan. Ang bukan x pernah alami semua nie sebelum nie n lagi teruk rasanya daripada nie. 

Tapi jangan wisau, aku sentiasa berterima kasih kepada ang sebab dah banyak membantu dalam GPMS nie. Aku pun dah anggap ang sebahagian daripada FAMILY paling rapat. Tak pernah terintas dalam hati aku kata x pernah sayangkan ampa semua. Tapi ingatlah perjuangan apa yang ang bawak setelah sekian lama ang dalam GPMS. Aku tetap dengan keluarga ini walau apa pun berlaku. Sebab AMANAH yang ko dan adik beradik bagikan pada aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan. 

Oklah... Aku minta maaf kepada semua adik beradik aku dalam GPMS KIA IIC. Aku masih perlukan korang semua dalam perjuangan ini sebab korang semua la yang membuatkan aku semangat. Ok next POST. NEXT POST.

-Belajar Terus Belajar-