RaMai GaK uSHa

Ahad, 29 Mei 2011

Wah Kami berkumpul di JANDA BAIK

Assalamualaikum W.B.T

Huahaha.. Malam nie aku ngan adik beradik aku kat JANDA BAIK. Sebenarnya adik-beradik aku kena jaga FAMILY DAY ----> Family CINA plak tu. Depa nie kena jaga TREKKING kat sini. huhu.. Ada 47 orang semua.. Huaha pastu ada benda paling penting lagi---> Adik beradik aku yang lain terpaksa kena tendang dengan KONVOI 1 JUTA BELIA. Pergh memang kuang ajaq la. Tapi nak wat macam na inilah dugaan.

Bila kita dah BERADA KAT ATAS PUNCAK YANG TINGGI ada plak hamba ALLAH yang kurang senang dengan kita. Ada ja yang nak jatuhkan kita. Tapi semua tu bukan halangan bagi KELUARGA aku. Kepada KELUARGA aku GPMS KIA IIC teruskan usaha, sama-sama kita teruskan perjuangan ini. Selepas ini banyak lagi halangan yang akan menimpa kita semua.

So Harap semua ok.. be happy.. Jangan kerana seorang dan masalah, kita semua akan lari dan putus asa. Sama-sama naik. Macam orang lama-lama cakap "BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING".

Pergh. ok lah.. sampai sini ja la.. nanti aku POST apa yang best lagi keh. huahaha.. erm.. 

-Belajar Terus Belajar-

Sabtu, 28 Mei 2011

Ziarah (Sohbet)

Assalamualaikum W.B.T

Elopz.. Kali ini aku nak bagitau pasai ziarah so baca la erk. nie pun COPY dari GURU aku. huahaha.. layan erk..

Ziarah atau mengunjungi makam seseorang adalah untuk menghormati orang itu, bahwa dia tidak sama dengan binatang. Sebagaimana mereka semasa hidupnya kita hormati karena derajatnya, begitu pula setelah kematiannya dan hal ini tidak akan berubah. Kita menjaga makam para Awliya dan Rasul. Semasa hidupnya, rahmat dilimpahkan kepada mereka dan setelah mereka meninggalkan kehidupan ini, rahmat tetap datang kepada mereka. 

Ziarah lah ahli keluarga kita yang lama pergi.


Dan kita memohon rahmat itu. Bersama dengan mereka semasa hidupnya adalah suatu kesempatan berharga, atau paling tidak kita bisa mengunjungi makamnya. Mereka hidup di makamnya dengan kehidupan yang sesuai dengan alamnya. Mereka bisa melihat dan mendengar. Rasulullah biasa mengunjungi makam pamannya, Sayyidina Hamza , duduk dan membaca do’a di sana. Itu bukanlah suatu hal yang terlarang. 

Setiap minggu beliau selalu pergi ke Jannat-il-Baqi’ atau ke gunung Uhud untuk mendo’akan para syuhada di sana. Hal ini diizinkan bagi kita dan tidak bertentangan dengan syari’ah. Kita menjaga makam para Awliya agar mereka tidak hilang, bukannya menyembah mereka, tidak! Kita hanya meminta rahmat yang dilimpahkan kepada mereka dan berdo’a untuk mereka. Kalian dapat mengirimkan do’a untuk semua orang yang beriman sebagai hadiah dari kita.

-Maulana Syaikh Muhammad Nazim Adil al-Haqqani

-Belajar Terus Belajar-

Jumaat, 27 Mei 2011

Ok. Budak RUMAH yang GILA JALAN

Assalamualaikum W.B.T

Ok. Kali nie memang best. aku nak cerita pasai budak umah aku nie hah.. Dalam banyak budak umah aku nie kira aku la paling BONGSU yang lain semuanya OTAI-OTAI dah. Pastu gila plak. nasib bek la semua gila benda yang berpekdah sikit. huahaha.. Aku ngan budak-budak umah aku kali nie kami pi SUNWAY LAGOON. huahaha.. Bapak memang best. daripada pagi smp petang la main kat dalam SUNWAY LAGOON tu. bayaq sampai RM 75.00 men semua park. huahaha.. macam-macam. Jom tengak pic apa kami buat. 

Hah tengok sampai-sampai ja terus buat gila tengok PETA. huahah.. dah la waktu tu ramai orang nak masuk , nie kami leyh dok depan tu buat jalan sesak bleh. huahaha.. 

Huahah lama kot kami dok depan nie buat gila. huahaha.. siap ada orang putih amik gambaq kami semua kot. huahaha.

Apa lagi time nie tukaq baju la semua pakat nak men all park dah nie.. x sabaq dah nie. huahaha.. pergh nak tgkp gmbq pun nak style. huahaha. memanjang sampai belakang :P memang style.

Hah amacam. Aku amik gambaq dulu. kenangan nie. huahaha di pintu gerbang SUNWAY nie. huahaha FAIZAL STYLE.
So lepas kami semua tukaq baju pa semua, kami pun apa lagi ATTACK ALL PART. huahaha.. tapi yang sedihnya kamera x leyh bawak masuk. tu yang paling x best tu. tapi x pa nanti ampa try pi la SUNWAY LAGOON n try sendiri keh. huahaha.. JAM MASA TU dah kat kui 6.00 lebih so tempat tu pun dah nak tutup. Bla dah seronok tu baru la semua ingat yang kami x makan lagi. BAPAK LAPAQ gila kot. huhu. So kami pun cepat-cepat tukaq baju nak pi makan STEAMBOT.. huahaha... Sebelum kluaq dari situ kami semua tangkap gambaq dulu la. jom tgk. huahaha.. encem-encem kot. 

huahaha.. nie la budak-budak umah aku, shahir, saidin n zack.

hah nie ramai sikit. berdiri kat atas dr kiri tu tahril, shahir, pojie n ib. yang kat bawah plak dr kiri zack, edin, pastu aku la. wah ganaz gitu. huahaha.
Apa lagi, makan la. huahaha.. pergh mmg style la. mkn la apa yang ampa nak semuanya RM25.00 sahaja. huhu

hah tgk tu. bukan men lagi semua melantak. aku dah x tau apa yang aku makan men sumbat ja. mklm la sedap kot. macam-macam ada. pergh... nak lagi.. nak lagi..

hah apa tu. huahaha. sotong kurita kot aku makan. pergh,. bapak  kenyal gila kot. huhu..

Tu dia. apa yang kat dalam tu. aku pun dah x tau.. yang penting amik makan ja. dah x tgk dah. huahaha

PERGHHHHHH. Lincin kot. mau taknya makan pagi dak, makan tgh hari dak. trus makan malam. memang gila la. huahaha.. terbaik wok.. huhu.. 
 ok. amacam tertarik dak. so sapa yang nak pi SUNWAY tu enjoy la erk nanti. huahaha.. aku enjoy gila masa nie. x dak sapa kacau. yang penting aku saja. huaha.. erm.. so sampai sini ja la. AKU NGAN BUDAK-BUDAK UMAH aku kuaq jejalan. dengaq kata lepas nie nak pi LANGKAWI plak. huahaha.. memang tempat aku la. huhu.. erm.. so enjoy for this POST. nanti kita jumpa lagi keh kat POST yang lain. 

-Belajar Terus Belajar-

Kelebihan Ayatul Kursiy

Assalamualaikum W.B.T.

Ini Perkara dan jugak ilmu yang paling penting. so harap dapat iktibar. huahhaha..

Ikhwah, kalian sememangnya sudah tahu kelebihan dan keutamaan Ayatul Kursiy, tapi biar kunukilkan sedikit buat ingatan dan moga menjadi penambah semangat untuk mengamalkannya. Mutiara ini kupetik dari kitab "al-Qirthas" karangan al-'Allaamah al-Habib 'Ali bin Hasan al-'Aththas.

Sebahagian ulama berkata: "Sesungguhnya Ayatul Kursiy itu sebanding ganjarannya dengan sepertiga al-Quran, iaitu ia terdiri dari 50 kalimah, dan setiap kalimah mengandungi 50 keberkatan. Ianya diturunkan di malam hari."

Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: "Ketika Ayatul Kursiy diturunkan, tersungkur menyembah bumi segala berhala yang ada di dunia, dan berguguran mahkota yang dipakaikan di kepala berhala-berhala tersebut; segala syaithan lari ketakutan dan saling berpukulan sesama mereka."

Diriwayatkan daripada al-Hakim al-Turmudzi daripda Nauf al-Bukaali bahawasanya dia berkata: "Ayatul Kursiy itu disebut dalam kitab Taurat sebagai 'Waliyyatul Allah (Kekuasaan/Penjagaan Allah)' dan orang yang membacanya dikenali sebagai orang yang mulia dalam kerajaan langit. Dan adalah Sayyidina 'Abdur Rahman bin 'Auf apabila memasuki rumahnya membaca Ayatul Kursiy pada keempat-empat penjuru rumahnya."

Sayyidina Anas meriwayatkan sebuah hadits secara marfu' bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: " Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: "Sesiapa yang melazimi atas pembacaan Ayatul Kursiy setiap lepas sholat, Aku kurniakan kepadanya hati-hati orang yang syukur, pahala (amalan) para nabi dan amalan-amalan para shiddiqin."

So harap semua dapat berkat daripada POST kat atas nie keh. Agama ALLAH wajib dipelihara. oklah jumpa lagi kita kat next post. huhu.. bye.. wasalam.

-Belajar Terus Belajar-

Family Aku di GPMS IIC

Assalamualaikum W.B.T

Hahahahah.. POST kali ini aku nak cerita pasai adik beradik aku kat KL nie atau lebih dekat ngan aku dalam GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa. Jom Usha sapa depa nie. Tapi depa semua nie AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI tau. huahaha bukan calang-calang nie.

1st sekali aku la.. sapa lagi. YANG DI-PERTUA. huahaha.. depa nie semua ada panggil aku ABG LONG. Bukan abg long kawasan keh. Jom tengok gambaq depa nie. huahaha start ngan aku la. huahahaha...
Yang Di-Pertua. huhuhu aku la.. sapa lagi.
Hah nie Timbalan Yang Di-Pertua. Huahaha.. Nie first time jumpa pemalu yang amat. tapi bla dah lama dia la paling semangat. Asyik-asyik program-program ja. huahaha..  Yasin Ali nama diberi.. huhuhu
haha nie plak Naib Yang Di-Pertua. Muka ganaz. mau x nya Asyik-asyik jadi KEM KOMANDAN. nie kra dah terikut la nie. huahaha. Azrul Nizam namanya. huahaha.. -----> ABOROI.. 
Nie yang paling tua dalam GPMS nie tapi sengal sikit. Anwari Arham Naib Yang Di-Pertua 2. huahaha. Dia nie semua awek nak tibai tapi x pa la pandai jaga, pandai ayat. kra ok la. huahaha.. budak degree dah nie.
haha yang comel nie Naib Yang Di-Pertua 3. Julie Amzil. huahaha budak johor. so sapa yang berkenan boleh contact. huahaha. tapi dengan syarat la. gaji mest 4 juta sebulan. huahaha.. 
hahaha.. nie plak syazwani. huhu nie la Setiausaha. tengok muka pun dah  tau buat pa.. huahaha.. yang nie  sapa nak pun x dak hal sebab still single. huahaha.. just make a call. huahaha.. 
Huhu nie plak Penolong Setiausaha. huhu Nuri Sulaiman. huahaha.. nie orang kua t nie.. sapa-sapa ada problem leyh kol dia.. huahaha.. area banyak gak la dia punya. huahaha...
hahaha.. nie plak Bendahari. haha tgk duit la.. memang banyak gila dia pegang. penuh popket nie haha. nie pun kuat gak. kira nak wat program ja. huhu.. ajin plak tu.. org suruh jaga duit dia pi jaga program.. huahaha...
huahaha.. muka jambu nie plak Ketua Penerangan. huahaha.. pada sapa-sapa yang nak tau pasai GPMS bleyh tny dia. tapi kalu yang pmpn kna jaga2 skit la.. takut sat gi dia terang benda len plak.. susah gak macam nie.
huahaha.. so yang td tu semuanya ATASAN sikit la. yang nie plak bala-bala tentera SINGA GPMS KIA IIC. depa semua ini memang terbaik. huahaha.. jom kita usha EXCO-EXCO TERTINGGI. huahaha

huahaha.. nie la HASSAN. Senyum kambing itu memang menawan.  
huahaha.. nie plak FARIEQUE EDIIN.. huahaha.. memang keje dia tidoq ja. huahha.. Tapi  paling penting dia nie memang BLUR. huahaha...
Huahaha.. nie plak AINI SHAARI. huhu.. dia nie dah lama dalam GPMS. memang orang kuat GPMS la. terbaik nie. 
hah. nie tengok ja kecik tapi mulut dia lebih beso daripada gajah. huahha.. nama dia nie plak SHIKIN.. huahaha...
Nie plak NURULAIN.. huahaha.. comel kan.. haha.. dia nie skrang kat johor nnt bln 7 nie dia blik mai snie la. huahaha
haha nie sorg lagi minah klate, AIMI SYAIRA.. huhu.. kecik-kecik cili padi nie. bleh la nak mintak no nie. huhu
Nie plak adik aku sorg lagi. pemalu nie. tapi  bla  shopping mak ai. x tau mana malu dia. huaha.. bleh panggil Lala. nama penuh di plak SABILA. huahaha.. comel gak kan. 
Huahaha.. nie yang paling comel dalam adik beradik aku. huhu.. Sapa lagi klu bukan Dila nama huahaha.. klu sapa yang nak tempuh or mengata GPMS kena tempuh dia dlu sebelum nak naik atas. huahaha...
haha nie la aku punya PENCERAMAH terbaik masa SKUAD JELAJAH. huahaha.. ZAHIDAH.. ops dah berpunya keh. so kepada anda semua yang nak cuba try tu lambat sikit la erk. huahaha..
Yang nie plak FAIRUZ. huahaha.  Dia nie sat ja masuk GPMS tapi aku kira dia nie adik-beradik aku jugak. huahaha.. Apa-apa pun sapa yang jadi main board n jadi ahli GPMS semuanya adik beradik aku. huahaha.. kenai ngan x kenai ja. huhu..
Ok semua exco dah tunjuk kan. nie plak aku nak bagitau aku ada PENGAWAI KHAS YANG DI-PERTUA. dalam ringkasan PKY. huahaha.. ingat PRESIDEN ja ka ada PKP. huahaha.. aku pun ada. jom usha tapi kna usha la aku punya SETIAUSAHA SULIT dulu. Dia nie la jaga aku punya jadual, update kerja-kerja yang aku patut buat. huahaha.. so nak tgk PKY n SUS aku---->

huahaha.. aik macam kenai ja. maunya ampa x kenai. buah atie aku.. huahaha.. so dia la jaga schedule aku. nama dia sapa lagi kalu bukan ELFI ZURAIDHA. huahuh.. Love u. ops...
Yang nie Plak AIZAT. huhu.. dia nie la PKY aku.. huahah.. tgk muka dah tau kan . memang muka nak kena hentam nie. huahaha.. apa-apa info tentang GPMS dia la yang akan sampaikan kat aku. Pastu idea apa-apa dia gak yang bagitau aku.
nie sorang lagi PKY aku.. orang panggil dia AMIN. huahaha.. nie kalu pasai program dia la yang akan update aku apa yang berlaku. huhu.. memang la keje aku senang sikit sebab  dia la yang kna cari dulu sebelum semuanya sampai kay aku.
Nie pulak Wafa. Nie Wakil GPMS luar tapi  telah menjadi keluarga aku di GPMS KIA IIC.

So ampa semua dah tau kan sapa depa nie.. kalu ada apa-apa nak tau pasai GPMS leyh la tanya dpa nie. Dan depa nie jugak orang yang paling aku sayang sekarang nie. tanpa depa semua nie aku rasa GPMS IIC x kan ke mana. Thanks guys ure the best. ALLAH saja yang akan balsa jasa ampa semua. Oklah sampai sini saja kot yang aku nak cerita pasai FAMILY aku kali nie. jangan lupa tgk next POST. huhu

-Belajar Terus Belajar-

Aku Tension Jadi Aku Pergi KOLAM AIR PANAS

Assalamualikum W.B.T

Selamat semua. Aku nak ceritanya satu benda paling best nie ngan adik beradik aku semua. Pada satu malam tu, aku memang tension nak mampus pastu adik-beradik aku plak memang tak tau nak wat pa so depa pun ajak aku pi KOLAM AIR PANAS dekat SELAYANG. 





hhaha.. malam tu aku x dak la happy sangat. tapi adik beradik aku yang membuatkan aku hilang sikit tension aku. So thanks guys. kepada korang semua yang nak pi kolam ayaq panas nie bleh la singgah kat SELAYANG. huhu.. masuk kena RM2.00 ja.. huhu mandi la puas-puas. 

hahaha.. sampai sini ja kut aku bgtau malam tension aku wat pa. huahaha... ok jgn lupa baca post yang selebihnya.. huahaha.. sebab x dak la crita best sgt tapi mungkin ada input yang boleh ampa amik dari BLOG BELAJAR TERUS BELAJAR nie.

-Belajar Terus Belajar-

Khamis, 26 Mei 2011

KISAH WALI ALLAH IBRAHIM AL-KHAWAS

Assalamualaikum W.B.T

Kali ini aku nak cerita kisah Zaman Dahulu. harap dapat la sedikit informasi AGAMA sikit. Enjoy-enjoy gak tapi AGAMA kita kena pelihara jugak. So jom ikuti kisah di bawah ini. 

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, “Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian).”Bila dia melihat aku dia pun berkata, “Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?”


Ibrahim segera menjawab, “Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu.”Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, “Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu.”Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, “Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini.”


Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.”Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, “Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu.” 


Sambung Ibrahim lagi, “Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku.”Jawab rahib itu, “Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah).” 


“Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah.”Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, “Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu.” 


Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, “Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah.”Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, “Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?” 


Dia menjawab, “Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat.”Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya.”

So itu lah kisahnya. Apa-apa pun segala kisah yang anda baca ini dapat lah iktibar. Ok nantikan next POST ok. Jumpa ampa semua lagi. huhu Assalammualaikum.

-Belajar Terus Belajar-

Aku jadi PANEL kat UITM Machang, Gila Larh

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar anda semua, Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku yang plaing aku tak leyh nak lupakan. Kira nie sejarah hidup aku la. Mana tak nya ampa caya dak aku dijemput jadi ahli panel kat UITM Machang Kelantan tajuk plak memang gila dasyat " DISKUSI MASALAH SOSIAL MAHASISWA MELAYU ". 

Aku ucapkan terima kasih banyak kat sahabat aku NIK MUHAMMAD SYAHMI yang bagi aku peluang nie bagi aku menjadi seorang yang lebih confident di khalayak ramai. Bukan aku saja jadi ahli panel tapi aku disatukan dengan 2 lagi panel yang gila bapak la orang utama kat UITM MACHANG tu. Hampa nak tau sapa mai kita tgk gmbaq kat bawah nie..
Ok yang duduk paling kiri tu MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UITM MACHANG, kemudian PRESIDEN DEBAT BM UITM MACHANG dan terakhir aku lah sapa lagi wakil GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa.
hahaha.. Amacam tak ke gila aku masa nie. maklum la ramai gila kot yang mai masa tu. lebih kurang 500 lebih orang pelajar yang hebat kat UITM Machang tu. Aku nie Kolej Islam Antarabangsa ja. Tapi bangga la satu pencapaian yang memberansangkan bagi aku. APA!!! x caya aku kata seramai 500 orang.. ok fine aku x kisah tp korang semua tgk la sendiri kat bawah nie.
Nie la lautan pelajar UITM Machang, bayangkan gugup gila la aku masa nie. semua terpelajar kot.
So knal la ngan orang yang ajak aku ke sana untuk jadi panel. dia malam tu sebagai HOST pergh memang berbakat orang nya. Bukan tu ja time nie dia YANG DI-PERTUA GPMS Caw. Khas UITM Machang. huhu.. jom kita tgk encem x dia nie.. 
Nie la host malam tu. amacam encem x. huahaha.. 

Huuahaha.. so klu nak tgk gambaq lagi pada hari kejadian bleh tgk kat album Facebook GPMS KIA IIC. macam-macam cerita ada kat situ. huhu. So aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua GPMS UITM MACHANG yang menjemput dan memberikan kepercayaan kepada aku yang kerdil nie. Memang korang terbaik la. Kita tetap KELUARGA.. Love all of u..


-Belajar Terus Belajar-

Ini cerita tentang FAMILY GPMS KIA IIC...

Assalamualaikum W.B.T

Elopz.. semua sihat tak nie.. Harap-harap ok la erk.. haha.. post lepas aku dah bgtau pasai aku jadi YDP n pasai family terbesar aku kan. So kali ini aku nk ceritakan macam mana kami semua MAKIN LAMA MAKIN RAPAT GIIIILLLLLAAAA. Aku ngan family aku kali nie ada la wat kem yang di kenali sebagai KEM SEMARAK SISWA kali ke-4. So ampa semua usha gambaq dulu..
Style kan. Nie la family aku

Masak sendiri kot.. nie la makanan tengahhari kami semua sekeluarga.

Gila penat nak mampus. sambil tu amik gambaq dulu.

Akhirnya sampai tempat yang dituju. KEPALA GUA JANDA BAIK.
Haha.. daripada kem nie lah kami mengenali satu sama lain. tapi memang best la pada masa nie. Aku takkan pernah lupa setiap yang berlaku pada tahun ini. SEJARAH KOT. So cukup la erk.. nantikan next Post. 

-Belajar Terus Belajar-